Saturday, December 29, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra untuk Cikgu Zu,kelas terakhir 2012

Sekitar kelas jahit tudung lycra untuk Cikgu Zu yang datang jauh dari utara, beliau kebetulan menghadiri mesyuarat sekolah Vokasional di Sungai Buloh, beliau mengambil kesempatan masa cuti beliau dengan menghadiri kelas jahit.
Terima kasih Cikgu Zu :)


tudung lycra

Wednesday, December 26, 2012

Bengkel Jahitan bersama Designer Yasalma


Ingin berguru dengan designer busana muslimah terkenal, Yasalma
Kelas fast track ni untuk 10 orang,
belajar 4 pattern menarik seperti:
Jubah Nursing
Pallazo
Cardigan labuh
skirt labuh

Yuran: RM 690 (4 kali pembayaran)
kelas akan di adakan di Kota Damansara
Berminat boleh pm or sms saya 
0169720013

Ini peluang keemasan, rugi kalau tak ambil peluang ni...

Sunday, December 23, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Sesi 2013

Jadual kelas sesi 2013

Bakal peserta perlu booking kelas terlebih dahulu.
Cara menempah kelas adalah seperti langkah di bawah:

1. sms ke 0169720013 nama/pakej pilihan/tarikh kelas
Contoh: suzana/tudung lycra basic/5jan.
2. Tunggu reply dari saya utuk confirmkan kelas.
3. Depositkan RM 50 ke akaun CIMB sebagai pengesahan anda berminat mengikuti kelas.
4. Datang ke kelas belajar dan bayar baki yuran.
Berikut adalah jadual kelas yang bakal berlangsung untuk tahun 2013

January 2013
5 January-Available
12 January-Available
19 January-Available (Zulita from Puchong), Uzma from Puchong
26 January-TIADA KELAS

February 2013
2 Feb-TIADA KELAS (nak gi shopping kain:)
9 Feb-Kelas Telekung Lycra Moden (Kak Salmi, Gombak)
16 Feb-CUTI- saya nak gi shopping kain dan mesin jahit. Harap maklum yer :)
23 Feb-Available

March 2013
2 Mac-Available
9 Mac-Available
16 Mac-Available
23 Mac-Available
30 Mac-Available

Sebarang pertanyaan boleh sms/call 016972013 (zana)


Tuesday, December 18, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Cikgu Syahida & Syuhada


Cikgu Syahida pose dengan tudung yang baru siap dijahit oleh beliau



Cikgu Syuhada pilih kaler oren sesuai dengan beliau yang berkulit cerah. so sweet

Dah boleh ambik tempahan ni :)

Saya seronok mengajar  dua orang cikgu ni...katanya baru jer berpindah ke puncak alam. kelas bermula 10 pagi dan dalam 1 suku mereka berdua dah siap menjahit tudung masing-masing.
So kalau ada cikgu-cikgu di luar sana yang berminat nak belajar jahit tudung boleh hubungi say di fb atau sms or call 0169720013

Monday, December 10, 2012

Kelas jahit tudung @Suzanaism

Assalamualaikum, jom jahit tudung @suzanaism. 
Berikut adalah gambar sekitar kelas jahit yang lepas 08/12/2012
Kalau berminat nak belajar jahit tudung sendiri,
boleh hubungi saya di facebook.com/suzanais

Puan Zarina tengah tekun jahit awning

Senang jer guna Mesin Brother NV30, masuk benang kat jarum pun cuma perlu tekan 1 button jer

Tudung hasil jahitan Puan Zarina,
aisey man ...bulu mata si Lisa mannequin ni dah nak tercabut dah...hehhe

pandangan sisi, hasil jahitan peserta.
Puan Zarina posing dengan tudung hasil jahitan beliau.
Terima Kasih  Kak Zarina kita jumpa di kelas advance pulak yer

Sekiranya anda juga berminat nak jahit tudung sendiri, 
boleh hubungi saya di 0166265722 atau 
pm saya di facebook.com/suzanais

Wassalam

Sunday, December 9, 2012

Thank you Alviana owner blog Sewn by Alviana

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri ini khas buat Alviana Damit owner kepada Blog jahitan yang selalu saya visit semasa saya mula-mula berminat dengan aktiviti jahitan iaitu Blog : Sewn By Alviana.

Dipendekkan cerita, Beliau selalu buat giveaway untuk pengomen yang bertuah. dan saya adalah salah seorang yang bertuah itu.

So... thank you very much Alviana for the awsome McCalls pattern and keep on sewing and blogging. I know you are busy with your errands but I am looking forward to read your new blog entry....and  Christmas is just around the corner I wish you all the best in life Merry Xmas and Happy New year!!!!
Tq Alviana, this will be my first McCalls pattern.

Thursday, December 6, 2012

Awning tudung makeover

awning tudung


ganti awning tudung

Gambar di atas adalah salah satu projek makeover awning yang saya buat untuk pelanggan saya.
untuk makeover awning ni saya gunakan soft awning  iaitu tanpa menggunakan bakrum @ pengeras.
Saya lebih suka tudung soft awning sbb boleh campak jer dalam mesin basuh kalau nak cuci, x perlu cuci guna tangan, sangat sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam saya...hihhhi
Tq


Tuesday, November 27, 2012

Kelas Asas Jahit Tudung Lycra di Shah Alam

Assalamualaikum..

Gambar tudung kat atas tu saya jahit subuh tadi dan terus pakai pi opis :)

Jikalau anda juga suka DIY (Do It Yourself) anda pun boleh buat :) yang penting ada minat dan keazaman.

Saya sebenarnya baru sahaja berhijab lebih kurang 2 tahun lepas, masa tu saya baru habis berpantang.

Sewaktu tempoh berpantang di Tawau, Sabah...saya dapati anak2 buah saya yang pompuan semuanya manis mengenakan tudung dan shawl yuna.

Di awal kehamilan, saya memang ada menyimpan niat untuk berhijab, tapi masih samar-samar...

Akhirnya, dengan izin Allah, saya terbang balik ke Shah Alam dengan berhijab, ada insiden yang lucu berlaku.... Sampai di Arriving Hall LCCT, husband saya tak nampak saya dan anak....saya pun terlupa yang saya berhijab, Husband agak terkejut, tetapi dia buat macam tak der aper jer....control macho la tu...hahhaha.

Panjang pulak entri ni lari tajuk la pulak... hahahh k berbalik kepada tajuk:

Sesiapa yang berminat nak belajar jahit tudung lycra  boleh lah sms saya di no :
016-9720013 
atau fb saya
https://www.facebook.com/suzanais 

Detail Kelas:

Yuran: RM100 seorang 
(termasuk ,kain,pola dan mesin jahit saya sediakan) anda cuma perlu bawa diri dan gunting kain yang tajam.
Tempat: Subang Perdana, Subang Bestari,Subang Permai,Kg Melayu Subang dan Kota Damansara

Sekian 
Terima Kasih



Tuesday, November 13, 2012

Telekung Moden sempena Maal Hijrah 2012

Perca dari jubah dress guna untuk buat awning telekung
telekung lycra,kelas jahit telekung moden
Finishing guna Novelty Thread (Benang Pelangi)
Close up lapik dagu

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah semua..
Sempena Maal Hijrah sempat juga saya siapkan Telekung daripada Cotton Lycra awning/visor/sengkuap guna cotton lycra corak perca jubah dress yang saya jahit sebelum ni.
Untuk projek telekung ni saya guna Mesin Jahit NV30 dan mesin jahit tepi Jelita, kain cotton lycra 3 meter.
**Telekung ni saya jahit tak der tali pengikat sebab ianya melekap kemas di dahi anda.**
Wassalam

Friday, September 7, 2012

Burasak = lemang /ketupat orang bugis


Semalam baru balik dari rumah my brother baru je balik dari Tawau bercuti raya di sana,
yang best nya my sister in law, bawakan spesial untuk i makanan tradisi keturunan Bugis di Tawau, Sabah.Orang Bugis Johor pun ada makanan ni tau.

Kebiasaannya burasak atau panggilan manjanya "buras" di makan bersama "ayam masak liku" sejenis rendang kering .perkataan "LIKU" diambil sempena penggunaan lengkuas yang banyak digunakan dalam masakan rendang tersebut. malah bukan saja ayam, udang pun boleh di masak liku atau boleh juga di nikmati dengan sambal ikan bilis atau pun udang kering.

Burasak adalah makanan wajib untuk Hari perayaan especially Aidil Fitri atau pun Aidil Adha di Tawau.

Buras juga adalah peneman "Coto Makassar" sejenis sup ayam yang mana ianya sebagai pengganti lontong.

"coto" = soto macam "soto Banjar", Banjar tu nama tempat asal /suku kaum yang membawa makanan ini di Sabah.

Manakala "Makassar" adalah nama tempat di Indonesia yang mana salah satu keturunan Bugis di Indonesia yang mana ramai suku kaum bugis makassar datang berhijrah ke Borneo membawa bersama makanan tradisi mereka.

Mmmm makanan tradisi macam ni la yang membuatkan kita selalu nak balik kampung, rindukan masakan mak.... sbb nak buat x reti...tau makan jer....

Ops....tapi saya bukan bugis tulen, tapi ada darah bugis dari sebelah my dad (+ banjar)...my mom dari Filifina jadi kalau mau makan buras kene pegi umah adik ipar la..... well.....itu saja buat masa ni.. bye u all i nak sampung makan buras.........hihihhi

Saturday, September 1, 2012

Kuih Cincin lemau??? Nah petua untuk mengatasinya!!!


Jangan Bimbang!!!

Untuk sentiasa menikmati kuih cincin yang fresh!!!!! ikuti la petua di bawah:

Ambil kuih cincin yang dah hampir lemau tu...letak atas tray (dulang) pembakar anda, lepas tu panaskan dalam 5-10 minit ( pastikan anda panasakan oven pembakar anda dahulu) suhu ikut oven masing2 ye agak2 la ...tapi jangan lama sangat k, sbb gula kabung tu kalau hangus akan bertukar menjadi pahit sedikit....

Tunggu sehingga kuih cincin tu sejuk barulah anda masukkan semula ke dalam tupperware!!!!

Selamat Mencuba!!!!

p/s: teknik ni hanya bole di lakukan sekali sahaja, sekiranya di lakukan berulang kali saya tidak bertanggung jawab sekiranya kuih cincin anda menjadi keras kematu hhahaha

Friday, August 31, 2012

Merdeka yang ke 55

Selamat Menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia.

Tema Hari Kebangsaan : Janji di tepati

Adakah Anda seorang yang menepati janji?...renung2 kan lah.... hahahha x der idea nak tulis ni....
Selamat Bercuti semua!!!!

Thursday, August 16, 2012

Eid Mubarak Greetings


Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya semua.....esok dah nak tengok anak bulan dah....

Maaf Zahir & Batin ye...yang balik kg...hati hati di jalanraya...yang bekerja....selamat bekerja jangan sedih2 k...

dulu masa belum berumahtangga saya lebih prefer bekerja semasa Public Holiday sbb saya jarang balik ke Tawau, Sabah....lagi pun masa keje kat Bukit Bintang dulu, kalau musim perayaan jalan raya pun lengang....parking pun senang...gaji pun double pay...masyuk la time tu...kengkadang off day pun saya buat OT (triple pay), lagi pun dengan menyibukkan diri saya x la terasa rindu nak balik.... tapi itu dulu.....

Sekarang...pantang cuti jer mesti nak luangkan masa untuk Anak dan Menjahit....

anyway...Boss bagi kitaorang cuti 1 minggu...yahoo!!! Semalam baru siap jahit baju melayu Haneef, seluar belum sempat lagi....tahun ni saya x de baju raya...dahulukan anak dulu...saya beli sandal raya jer....

Oleh kerana budget Raya x seberapa tahun ni, ingat nak jahit tudung labuh for my MIL, segan jugak x bagi aper2 kat dia....(i am not a good DIL...sigh!!!) but hopefully she understand our financial state...oke la...Drive safely you alls!!!

Thursday, July 26, 2012

Beg SOPHIE PARIS Pertama saya!!!!

Ni la koleksi pertama Sophie Paris (SP) saya yang pertama, Saya join SP on my Birthday on 30 June 2012 so I reward my self with this tangerine lil bag...Harga barang SP boleh di katakan affordable tuk beg ni Harga Retail RM 55 tolak diskaun ahli 20% so saya cuma bayar RM44.

Nak Join Ahli cuma kene bayar RM15 untuk seumur hidup dan terus boleh dapat diskaun ahli 20%. so kalau nak join jadi Ahli boleh hubungi saya.

Oh ya, fyi: SP ni guna sistem MLM struktur matahari, infinity downline...

Apa MLM?????? ye...tapi bagi pendapat peribadi saya, saya suka Bisnis model SP x sama seperti bisnis MLM yang lain, selain dari dapat mengikuti perkembangan fesyen terkini, kita boleh menjana pendapatan melaluinya dan boleh kenal ramai kawan baru.... dan ianya tidak terhad kepada kaum hawa jer...kalau nak tau.... upline saya adalah seorang lelaki tau...

So kalau anda suka berniaga dan menambah kenalan dan suka mengikuti perkembangan fesyen boleh hubungi saya untuk info lanjut mengenai SP.

pe ape hal boleh contact 0166265722 atau
add saya di FB: suezane_ismael@yahoo.com atau
Join group fb: Geng Sophienista Paris.

Wednesday, July 4, 2012

SOPHIE PARIS MALAYSIA???!!




PENGUMUMAN: Pernah Dengar tak SOPHIE PARIS??? ini merupakan MLM fesyen yang pertama di Asia, produk utama nya "Handbag", so kalau ader sesiapa yang minat nak join networking saya, Yuran RM15 sahaja seumur hidup, dpt retail discount 20% lagi....bonus sambil bergaya dengan trend terkini....Wow!!! memang hebat.... siapa nak join saya jadi SOPHIE-nista jangan tunggu lama2 yer....nanti melepas....

Monday, July 2, 2012

Projek Ilmu & Amal Jahit Telekung bersama Kak Zai Amaluddin


Date: 1 July 2012
Venue: Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak
Time: 8:30 am-2pm
Project: Jahit telekung dan sedekah @ masjid
Bilangan peserta: 7 orang
Tenaga Pengajar: Kak Zai Amaludin
Remarks: Kak Zai berkongsi tips macam mana nak jahit telekung, cara mengambil ukuran,jenis2 fesyen telekung masa kini.seronok sbb dapat kawan2 baru dan dapat ilmu baru selain dari dapat membuat amal, kak zai juga sarankan mengambil banyak jus buahan dan sayuran :) paling best kak zai bagi banyak hadiah kat peserta cth: Tutorial jahit sarung bakul sampah dan sarung mesin basuh dan kayu sugi....Terima Kasih Kak Zai atas ilmu yang akak curahkan, Allah swt saja yang dapat membalasnya.


Friday, June 8, 2012

Amplang & Kuih Cincin untuk di jual




Tawau terkenal dengan keropok Amplang (keropok ikan bulat2) dan biasanya kalau bertandang ke Sabah tidak lengkap sekiranya tidak membeli Ampang dan kuih cincin sebagai ole-ole. Oleh kerana banyak permintaan dari kengkawan masa keje kilang dulu i pon minta my mom hantar kan sedikit stok untuk pengemar Amplang dan kue cincin ni...

Sekiranya anda pengemar amplang dan kue cincin ni nak order boleh place order sekarang sementara stok masih ade k...


Entri Bulan Jun 2012

Agak lama menyepi tak update blog ni, yang sebenarnya agak sibuk dan kelam kabut perjalanan hidup ku, berhenti kerja kilang, sbb dapat kerja lain yang offer gaji besar sket...keje pun ok kat opis je duduk depan pc buat claim, tetapi ku sangka panas hingga ke petang ...rupanya hujan di tengah hari....aku keje kat tempat tu 3 hari jer, pas tu aku nekad berhenti sbb.......banyak sebabnye......malas la nak ungkit peristiwa yang sangat memenatkan itu....pas tu dalam 2 minggu aku jadi suriumah sepenuh masa aku  pon gatal tangan pi cari keje kat mudah.my... ade company bumiputra nak cari Penyambut Tetamu...aku pon hantar la resume, interview.....dan hari ni genap la 1 minggu aku berkeje sebagai Penyambut tetamu di kompeni itu....hahahah...dan yang paling best kat tempat keje aku tu hari2 aku boleh buka FB....hahahaha sbb keje aku update fan page kompeni...hiiiihihihih tapi buntu gak la x der idea nak updet..... Sekian dulu Terima Kasey!!!

Saturday, April 7, 2012

Ejen Mesin Jahit Anda....


Assalamualaikum semua,

Entri hari ni special sikit, sbb ada unsur unsur "advert" atau pun iklan..heheheh....

Kepada sesiapa atau pun saudara mara/ isteri dll.. yang baru berjinak jinak nak belajar menjahit atau pun yang dah terror menjahit dan nak tambah koleksi mesin jahit anda...heheheh bole lah contact saya :) Sempena bulan April ni saya officially buat kerja part time jual mesin jahit,tapak mesin jahit, mesin jahit industri dan lain lain

kalau nak tahu harga mesin jahit ker, harga tapak (sewing footer)? dan lain lain yang berkaitan dengan mesin jahit..... Insya Allah kalau saya boleh bantu saya cuba sbb saya pun belum terror lagi menjahit :) masih amatur lagi...sudi lah kiranya otai2 mahu pun yang amatur berkongsi dengan saya ilmu jahitan dan ilmu mesin :)

oleh kerana saya buat part time...kalau nak urgent boleh email or pm saya melalui facebook :) sbb saya hari2 online fb....kecuali Maxis broadband ada masalah @ saya tertinggal hp :(

Sekian Terima Kasih sbb baca iklan saya :)

p/s: jenama mesin jahit yang saya jual:SINGER,BROTHER,BUTTERFLY,JELITA,SIRUBA,JUKI dan juga mesin potong kain, overlock,interlock,jahit lubang butang,mesin jahit lurus industri...pokoknya semua ada...heee

Saturday, March 24, 2012

5th Wedding Anniversary 24 march 2012

Entry yang paling singkat:

Hari ni genap 5 tahun partnership Hafiz & Suzana......

 Alhamdulilah syukur melalui partnership ini kami di kurniakan juga cahaya mata "Muhammad Haneef @ Che Aneep pada 24 July 2010 setelah hampir 3 tahun mencuba.

Harapan smoga kami kekal dalam joint venture ini for another 5 more years and more...Amin.

Hubby, thank you for everything :)

Saturday, March 17, 2012

Pattern Drafting Class with Alwanis Design

Date: 17 March 2012
Venue: Jalabiyahouse, Bukit Rimau
Time:10am-5:30pm
Host: Sis Kasuma Alwani Zaini


Silibus yang di cover:
Main Subject:
1. How to draf your basic bodice block
2. Basic adaptation of the basic bodice block
i. Princess Line
ii. Empire Line
iii. Yoke

3. Skirt Adaptation
i. Basic Skirt
ii. Box Pleats
iii. Panel Skirt
iv. Circle Skirt
v. Cowl
vi. Yoke Skirt

4. Adaptation Bodice and Sleeve
i. Flare sleeve
ii. Gathered into a cuff
iii. Bishop Sleeve
iv. Puff sleeve
v. Gathered head sleeve
vi. Pleated head sleeve (log of mutton sleeve)
vii. Raglan Sleeve
viii. Cap Sleeve
ix. Flare Cape



Actually kelas ni agak Advance untuk tukang jahit amatur mcm aku, tapi alhamdulilah dengan berbekalkan buku Winifred Aldrich :Metric pattern cutting yang aku beli dulu, semuanya dapat di digest dengan lancar hehehe. Banyak tips yang Cikgu Kasuma bagi antaranya:


1. Kalo nak lukis pola jangan takut atau teragak-agak sebab pola tu kita yang buat :)


2. Kalo nak buat adaptation sleeve, buka la seluas mana yang anda fikir sesuai. Tapi kene tengok la org yang pakai tu mcm maner, tinggi,rendah, kurus gemuk dsbnya....


3. Always simpan block pattern untuk kegunaan di masa akan datang,


4. Jangan lupa catit atau labelkan Block pattern (Master Pattern) kita dengan remarks seperti: Nama;Tarikh dsb yang dikira perlu. untuk keep track kita ni dah kurus ker or bertambah montel... 







Ini merupakan kelas pertama Cikgu Kasuma utk kelas pattern drafting dan kitaorang merupakan pelajar yang bertuah mendapat curahan ilmu beliau. On top of this, Kak Kas juga ada after sale service utk yang ade kemuskilan boleh bertanya, dan yang lebih best lagi, Kak Fiza selaku tuan rumah juga offer Rebat RM 30 utk peserta kelas pattern drafting utk pakej jahitan di premis beliau di Jalabiyahouse.


Foto Credit: Kak Hafiza Jalabiyahouse ( akak sya cilok gambar yer hehehe)

Sunday, March 4, 2012

Sewing Projek Mac 2012: Jubah,Kaftan & Tudung Lycra

Sedar x sedar rupanya dah masuk bulan Mac....berazam nak jahit Jubah, Kaftan dan Tudung Lycra.

Masa kelas jahit yang dulu dah cuba jahit Jubah Moden, tapi tang "Armhole" tu aku rasa macam was was, sebab bila pakai macam x sedap jer, rupanyer formula nya kurang tepat, so nak try jahit lagi skali, kainnya dah beli, tanah hitam + polkadot. dan  nasib baik ada sifu yang tidak lokek kongsi ilmu macam maner nak buat pola lengan. Credit to Sis Inayus...

Sila klik disini untuk Pola Lengan yer.

Kaftan ni nampak memang senang, so nak try la buat satu, kain pun dah ader ni kain tanah hitam jugak tapi agak jarang sket kainnyer,tapi x pasti plak kain ape....mmm.. ingat nak buat leher V atau pon bulat or buat macam baju  kurung.

Untuk Tudung Lycra plak lepas dari bengkel jahit tudung lycra kat KL on 18/2/2012, smakin bersemangat nak jahit tudung sendiri. ari tu dah rembat kain lycra kat Jakel, so kalo ada masa terluang je aku pon jahit ler...

Hari tu jahit 1 tudung Twist /scallop plain warna koko, awningnyer polkadot kecik warna putih tanah cokelat  budak kat tempat keje berkenan...so jual lah murah2 jer :) skarang ni budak kat tpt kerja suh plak jahit tudung awning lembut (tanpa pengeras)...Kalo ader sesiapa yang nak blajar jahit tudung lycra boleh la hubungi sya :) tapi kene bagi pengeras le sbb aku pun dapat ilmu ni berbayar bukan free tau

so utk bulan Mac ni... ni jer lah bakal projek yang akan aku usahakan. Sekian harap maklum...heheheh


Sunday, January 22, 2012

Tahun paling mencabar 2012

Salam semua,
Orang len dah lama buat entri tahun baru, ni baru mau terhegeh2 buat entri. Cuti CNY ni mau pulun menjahit ape2 la yang terlintas di minda.

Dapat surat dari spa for exam jadi Penguasa Custom, tapi mcm harapan mau lulus tu mcm tipis jer...exam plac @ my home town, Tawau. Sabah....dalam dilema... mau pegi or x payah pegi....dah lah gaji x dpat lg....lagi satu dengar2 jawatan penguasa ni ada ujian fizical,tinggi berat dan x rabun,  I memang sah2 rendah, berat(BMI terlebih suda) dan memang guna spec.....cuti dah apply,tix x beli lagi...Haneef angcut scali la confirm.

Penat la...huhu aper mau buat? sabar aje lah...occay la nac sambung jahit baju curung oren la...

p/s : maaf huruf  "k" @my keyboard x leh tecan,so ganti ngan huruf "C"...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...