Showing posts with label belajar jahit. Show all posts
Showing posts with label belajar jahit. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Belajar jahit cara MUDAH, MURAH dan PRAKTIKAL


Salam...

Jom belajar menjahit jubah,baju kurung moden,Baju Kurung Pahang,Baju kurung Riau, Baju melayu atau Jubah pelbagai fesyen 
dengan cara yang lebih mudah, murah dan praktikal...

Sangat sesuai untuk yang tidak dapat menghadiri kelas jahitan atau berada di luar kawasan dan tiada kelas yang berdekatan untuk puan tuan hadiri

keterangan lanjut
 klik di sini:


Panduan ini lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan
pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.

Apa faedahnya belajar menjahit:

1) Mengurangkan kos membeli dan menempah baju.. (Hari Raya, kenduri, baju sekolah anak-anak, baju baru...)

2) Tambah pendapatan (ambil upah menjahit)

3) Mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat

Dan banyak lagi...

Apa kelebihan ebook ini:

1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS DALAM JAHITAN.
2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
3) Tidak perlu menghadiri kelas menjahit, boleh belajar bila-bila masa.
4) Menjimatkan kos. Kelas menjahit baju kurung berharga sehingga RM200.

Harga panduan ini sangat MAMPU MILIK
Dan banyak lagi kelebihan lain...

JOM BELAJAR MENJAHIT  SEKARANG!!



Terima Kasih :-)

Saturday, July 27, 2013

Baju Raya 2013- Jubah Kembang Riau

Assalamualaikum semua...

Rasanya masih belum terlambat ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelang seminggu sahaja lagi....

Biasanya kalau Hari raya jer mesti pakai baju kurung kan??? Baju kurung pesak, kurung pahang, kurung moden....dan kurung manik bling bling Vietnam.....alah yang sarat dengan manik2 tu....kalau kat Malaysia ni sehelai baju kurung manik bling bling tu cecah RM150-160...kat vietnam RM55 jer tau....

Tapi saya pilih untuk pakai jubah jer tahun ni...senang nak pakai. Gambar bawah ni jubah kembang Riau yang baru jer saya siapkan... 

ok tak?

First time jahit jubah pola ni dan sangat puashati dengan hasil jahitan.

Material: English cotton beli kat Vietnam hari tu 3.5 Meter Bidang 60

Harga kain: RM25 jer (kat Vietnam) kalau dah sampai malaysia harga jadi RM75

Beli kat maner: China Town, Vietnam


Rasa tak puas nak menyopping kain...sib baik I bukan kaki shopping....beli sehelai 2 jer cukup la untuk pakai raya...masa kat vietnam banyak shopping untuk my hubby jer sbb baju plus size banyak pilihan kat Russian Market....

Sekian....kepada rakan2 tukang jahit selamat menjahit dan menyiapkan tempahan2 kastemer...J

Jumpa lagi Insya Allah....

Tuesday, May 7, 2013

KELAS BELAJAR JAHIT TUDUNG @ KELASJAHIT.COM.MY



Assalamualaikum...

Bermula April , saya telah pun buka kelas untuk hari biasa iaitu Isnin -Khamis.

Sebelum ni saya ada menerima banyak permintaan
untuk kelas hari biasa khas untuk surirumah, atau orang yang bekerja flexi hours
Jadi sebagai permulaan, saya akan buka kelas pada hari biasa
 iaitu Isnin sehingga Khamis.

Uniknya kelas yang saya anjurkan ni cater kepada
 yang boleh datang hari biasa
maupun orang yang hanya free di hujung minggu..
walau bagaimanapun kelas hujung minggu selalu nye fullbook...
so untuk memastikan anda dapat merancang hari belajar anda,

saya minta kerjasama dari bakal student untuk
secure slot kelas anda dengan membayar deposit RM50 seminggu sebelum kelas bermula.
Ini kerana saya akan book kelas mengikut siapa yang book dengan deposit dulu.

walaubagaimana pun, saya seorang yang flexible, bertimbang rasa dan open to suggestion... setiap masalah boleh dibawa berbincang

Terima Kasih, Harap Maklum

P/s: gambar sekadar hiasan sahaja....kalau nak tempah boleh jer

Saturday, December 29, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra untuk Cikgu Zu,kelas terakhir 2012

Sekitar kelas jahit tudung lycra untuk Cikgu Zu yang datang jauh dari utara, beliau kebetulan menghadiri mesyuarat sekolah Vokasional di Sungai Buloh, beliau mengambil kesempatan masa cuti beliau dengan menghadiri kelas jahit.
Terima kasih Cikgu Zu :)


tudung lycra

Wednesday, December 26, 2012

Bengkel Jahitan bersama Designer Yasalma


Ingin berguru dengan designer busana muslimah terkenal, Yasalma
Kelas fast track ni untuk 10 orang,
belajar 4 pattern menarik seperti:
Jubah Nursing
Pallazo
Cardigan labuh
skirt labuh

Yuran: RM 690 (4 kali pembayaran)
kelas akan di adakan di Kota Damansara
Berminat boleh pm or sms saya 
0169720013

Ini peluang keemasan, rugi kalau tak ambil peluang ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...