Showing posts with label telekung. Show all posts
Showing posts with label telekung. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

KELAS BELAJAR JAHIT TUDUNG @ KELASJAHIT.COM.MY



Assalamualaikum...

Bermula April , saya telah pun buka kelas untuk hari biasa iaitu Isnin -Khamis.

Sebelum ni saya ada menerima banyak permintaan
untuk kelas hari biasa khas untuk surirumah, atau orang yang bekerja flexi hours
Jadi sebagai permulaan, saya akan buka kelas pada hari biasa
 iaitu Isnin sehingga Khamis.

Uniknya kelas yang saya anjurkan ni cater kepada
 yang boleh datang hari biasa
maupun orang yang hanya free di hujung minggu..
walau bagaimanapun kelas hujung minggu selalu nye fullbook...
so untuk memastikan anda dapat merancang hari belajar anda,

saya minta kerjasama dari bakal student untuk
secure slot kelas anda dengan membayar deposit RM50 seminggu sebelum kelas bermula.
Ini kerana saya akan book kelas mengikut siapa yang book dengan deposit dulu.

walaubagaimana pun, saya seorang yang flexible, bertimbang rasa dan open to suggestion... setiap masalah boleh dibawa berbincang

Terima Kasih, Harap Maklum

P/s: gambar sekadar hiasan sahaja....kalau nak tempah boleh jer

Tuesday, November 13, 2012

Telekung Moden sempena Maal Hijrah 2012

Perca dari jubah dress guna untuk buat awning telekung
telekung lycra,kelas jahit telekung moden
Finishing guna Novelty Thread (Benang Pelangi)
Close up lapik dagu

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah semua..
Sempena Maal Hijrah sempat juga saya siapkan Telekung daripada Cotton Lycra awning/visor/sengkuap guna cotton lycra corak perca jubah dress yang saya jahit sebelum ni.
Untuk projek telekung ni saya guna Mesin Jahit NV30 dan mesin jahit tepi Jelita, kain cotton lycra 3 meter.
**Telekung ni saya jahit tak der tali pengikat sebab ianya melekap kemas di dahi anda.**
Wassalam

Monday, July 2, 2012

Projek Ilmu & Amal Jahit Telekung bersama Kak Zai Amaluddin


Date: 1 July 2012
Venue: Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak
Time: 8:30 am-2pm
Project: Jahit telekung dan sedekah @ masjid
Bilangan peserta: 7 orang
Tenaga Pengajar: Kak Zai Amaludin
Remarks: Kak Zai berkongsi tips macam mana nak jahit telekung, cara mengambil ukuran,jenis2 fesyen telekung masa kini.seronok sbb dapat kawan2 baru dan dapat ilmu baru selain dari dapat membuat amal, kak zai juga sarankan mengambil banyak jus buahan dan sayuran :) paling best kak zai bagi banyak hadiah kat peserta cth: Tutorial jahit sarung bakul sampah dan sarung mesin basuh dan kayu sugi....Terima Kasih Kak Zai atas ilmu yang akak curahkan, Allah swt saja yang dapat membalasnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...