Showing posts with label kelas jahitan. Show all posts
Showing posts with label kelas jahitan. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Belajar jahit cara MUDAH, MURAH dan PRAKTIKAL


Salam...

Jom belajar menjahit jubah,baju kurung moden,Baju Kurung Pahang,Baju kurung Riau, Baju melayu atau Jubah pelbagai fesyen 
dengan cara yang lebih mudah, murah dan praktikal...

Sangat sesuai untuk yang tidak dapat menghadiri kelas jahitan atau berada di luar kawasan dan tiada kelas yang berdekatan untuk puan tuan hadiri

keterangan lanjut
 klik di sini:


Panduan ini lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan
pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.

Apa faedahnya belajar menjahit:

1) Mengurangkan kos membeli dan menempah baju.. (Hari Raya, kenduri, baju sekolah anak-anak, baju baru...)

2) Tambah pendapatan (ambil upah menjahit)

3) Mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat

Dan banyak lagi...

Apa kelebihan ebook ini:

1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS DALAM JAHITAN.
2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
3) Tidak perlu menghadiri kelas menjahit, boleh belajar bila-bila masa.
4) Menjimatkan kos. Kelas menjahit baju kurung berharga sehingga RM200.

Harga panduan ini sangat MAMPU MILIK
Dan banyak lagi kelebihan lain...

JOM BELAJAR MENJAHIT  SEKARANG!!



Terima Kasih :-)

Thursday, December 25, 2014

Kelasjahit.com.my buka booth jualan di UTC Pudu Raya

Assalamualaikum,

Julung kali kelasjahit.com.my buka booth di UTC Pudu Sentral di bawah Program YPVWM & Cherie Blair Foundation for Women iaitu sebuah yayasan yang di ilhamkan oleh Madam Cherie Blair.

Jadi di kesempatan ni nak kongsi beberapa gambar pada hari kejadian.ok bai..

Thursday, October 30, 2014

POPup Bazaar di UTC Pudu Sentral



Pop-in to our colourful #POPup Bazaar
15th Nov 2014, Ground Floor
UTC Pudu Sentral, 11am-7pm

Meet me in person at #POPup Bazaar...special offer for sewing class :) and so much more...

Saturday, April 20, 2013

Pengumuman untuk bakal peserta




Assalamualaikum,

Sila ambil perhatian kepada bakal peserta....



Bermula May 2013, Yuran untuk kelas jahit Tudung Basic masih lagi RM100 seorang tetapi..... peserta kene sediakan Kain Lycra sendiri mengikut warna dan corak kegemaran anda. 



Untuk Info lanjut boleh email ke kelasjahit@gmail.com

Terima Kasih
-Zana-

Wednesday, March 6, 2013

Kelas jahit Tudung Syria Coming soon!!!

tudung syria

Akan datang di kelasjahit.com.my

Untuk peminat tudung syria...saya akan adakan kelas untuk tudung syria.

Sebelum ni memang ada permintaan untuk saya buat kelas untuk tudung syria walaubagaimana saya tidak dapat mengadakannya kerana perlukan mesin khas untuk membuat jahitan interlock atau pun coverstitch.

Ni dia rupa mesin Interlock Industri 
coverstitch
Mesin jahit Industri Interlock Harga Retail dalam RM4K++


dan

Mesin jahit portable coverstitch
mesin jahit tudung
Mesin jahit portable Coverstitch  jenama Brother.
Harga Retail RM1699


Harap info ini dapat membantu anda.Terima Kasih


Tuesday, February 26, 2013

Kelas Tudung Lycra Kak Gee & Dewi

kelas jahit tudung



Jika berminat nak belajar jahit tudung sendiri...
 sertai kami di kelasjahit.com.my
Anda tidak perlu menunggu untuk saya announce bila kelas akan di adakan,
 anda boleh propose bila tarikh yang anda FREE untuk belajar.



Monday, February 11, 2013

Kelas Telekung Lycra Moden

Assalamualaikum

Inilah hasil jahitan Puan Salmie dari Gombak, 
Beliau merupakan pesara guru yang bersara awal pada usia 44 tahun :)
Sering menghadiri kuliah dan ceramah agama di Masjid, jadi selepas ni dah boleh pakai telekung jahitan sendiri...

Semasa kelas saya terlupa nak amik gambar close up untuk bahagian muka telekung...

Sekiranya anda berminat untuk belajar jahit telekung seperti Puan Salmie, yuran RM200 sahaja, boleh email saya di kelasjahit@gmail.com atau call/sms 016-9720031 (zana)
kelas telekung lycra

Sunday, February 3, 2013

Kelas jahit tudung lycra di Kolej Komuniti Klang


bengkel tudung 2013
26 Januari 2013 yang lalu,
saya diberi peluang untuk mengajar kelas jahit tudung
di Kolej Komuniti Klang.
Kelas bermula pada pukul 8 pagi dan habis pada pukul 12 tengahari.

Saya rasa seronok mengajar mereka sbb saya dapat  student yang sangat sporting...
Terima kasih kepada pihak kolej komuniti Klang yang sudi beri peluang untuk saya berkongsi ilmu yang sedikit ni...
Paling mengembirakan,
selepas tamat kelas ada peserta yang terus dapat tempahan :) semoga perkongsian ilmu ini dapat manfaat dan dapat membantu anda dan saya untuk lebih maju lagi ke hadapan Insya Allah...aamin

kalau nak tengok aksi2 student semasa kelas boleh tengok gambar kat album di
facebook page:


Sunday, January 20, 2013

Kelas Tudung Lycra January 2013

Gambar Peserta Kelas Jahit Tudung Lycra Januari 2013
jahit tudung lycra
jahit tudung lycra DIY

Peserta kelas jahit ni kebetulan dua-dua dari Puchong dan surirumah sepenuh masa, Terima Kasih kepada Puan Zulita dan Puan Uzma. Jangan lupa prektis jahit tudung kat rumah ye...Practice make perfect!!!
Anda yang berminat nak join kelas jahitan tudung lycra basic boleh ke laman web kami di www.kelasjahit.com.my atau boleh sms/call saya di 0169720013. Lebih jimat jahit tudung sendiri....

Tuesday, January 15, 2013

Kelasjahit.com.my

Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru 2013,  Entri pertama untuk tahun 2013 just nak kongsikan kat pembaca semua yang saya dah ada laman web khas untuk kelas jahitan tudung iaitu kelasjahit.com.my, jadi gambar kat website tu ada persamaan dengan blog saya ni...itu bukan gambar tangkap muat tau...

Berkonsepkan Small Office, Home Office (SOHO), Kelas jahit personal ni saya adakan di rumah saya, Insya Allah tidak ada gangguan untuk bakal pelajar. Parking pun senang jer depan rumah boleh parking.

kalau ada sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh terus sms 0169720013 atau email saya di kelasjahit@gmail.com

sekian Terima Kasih

Saturday, December 29, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra untuk Cikgu Zu,kelas terakhir 2012

Sekitar kelas jahit tudung lycra untuk Cikgu Zu yang datang jauh dari utara, beliau kebetulan menghadiri mesyuarat sekolah Vokasional di Sungai Buloh, beliau mengambil kesempatan masa cuti beliau dengan menghadiri kelas jahit.
Terima kasih Cikgu Zu :)


tudung lycra

Wednesday, December 26, 2012

Bengkel Jahitan bersama Designer Yasalma


Ingin berguru dengan designer busana muslimah terkenal, Yasalma
Kelas fast track ni untuk 10 orang,
belajar 4 pattern menarik seperti:
Jubah Nursing
Pallazo
Cardigan labuh
skirt labuh

Yuran: RM 690 (4 kali pembayaran)
kelas akan di adakan di Kota Damansara
Berminat boleh pm or sms saya 
0169720013

Ini peluang keemasan, rugi kalau tak ambil peluang ni...

Sunday, December 23, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Sesi 2013

Jadual kelas sesi 2013

Bakal peserta perlu booking kelas terlebih dahulu.
Cara menempah kelas adalah seperti langkah di bawah:

1. sms ke 0169720013 nama/pakej pilihan/tarikh kelas
Contoh: suzana/tudung lycra basic/5jan.
2. Tunggu reply dari saya utuk confirmkan kelas.
3. Depositkan RM 50 ke akaun CIMB sebagai pengesahan anda berminat mengikuti kelas.
4. Datang ke kelas belajar dan bayar baki yuran.
Berikut adalah jadual kelas yang bakal berlangsung untuk tahun 2013

January 2013
5 January-Available
12 January-Available
19 January-Available (Zulita from Puchong), Uzma from Puchong
26 January-TIADA KELAS

February 2013
2 Feb-TIADA KELAS (nak gi shopping kain:)
9 Feb-Kelas Telekung Lycra Moden (Kak Salmi, Gombak)
16 Feb-CUTI- saya nak gi shopping kain dan mesin jahit. Harap maklum yer :)
23 Feb-Available

March 2013
2 Mac-Available
9 Mac-Available
16 Mac-Available
23 Mac-Available
30 Mac-Available

Sebarang pertanyaan boleh sms/call 016972013 (zana)


Tuesday, December 18, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Cikgu Syahida & Syuhada


Cikgu Syahida pose dengan tudung yang baru siap dijahit oleh beliau



Cikgu Syuhada pilih kaler oren sesuai dengan beliau yang berkulit cerah. so sweet

Dah boleh ambik tempahan ni :)

Saya seronok mengajar  dua orang cikgu ni...katanya baru jer berpindah ke puncak alam. kelas bermula 10 pagi dan dalam 1 suku mereka berdua dah siap menjahit tudung masing-masing.
So kalau ada cikgu-cikgu di luar sana yang berminat nak belajar jahit tudung boleh hubungi say di fb atau sms or call 0169720013

Tuesday, November 27, 2012

Kelas Asas Jahit Tudung Lycra di Shah Alam

Assalamualaikum..

Gambar tudung kat atas tu saya jahit subuh tadi dan terus pakai pi opis :)

Jikalau anda juga suka DIY (Do It Yourself) anda pun boleh buat :) yang penting ada minat dan keazaman.

Saya sebenarnya baru sahaja berhijab lebih kurang 2 tahun lepas, masa tu saya baru habis berpantang.

Sewaktu tempoh berpantang di Tawau, Sabah...saya dapati anak2 buah saya yang pompuan semuanya manis mengenakan tudung dan shawl yuna.

Di awal kehamilan, saya memang ada menyimpan niat untuk berhijab, tapi masih samar-samar...

Akhirnya, dengan izin Allah, saya terbang balik ke Shah Alam dengan berhijab, ada insiden yang lucu berlaku.... Sampai di Arriving Hall LCCT, husband saya tak nampak saya dan anak....saya pun terlupa yang saya berhijab, Husband agak terkejut, tetapi dia buat macam tak der aper jer....control macho la tu...hahhaha.

Panjang pulak entri ni lari tajuk la pulak... hahahh k berbalik kepada tajuk:

Sesiapa yang berminat nak belajar jahit tudung lycra  boleh lah sms saya di no :
016-9720013 
atau fb saya
https://www.facebook.com/suzanais 

Detail Kelas:

Yuran: RM100 seorang 
(termasuk ,kain,pola dan mesin jahit saya sediakan) anda cuma perlu bawa diri dan gunting kain yang tajam.
Tempat: Subang Perdana, Subang Bestari,Subang Permai,Kg Melayu Subang dan Kota Damansara

Sekian 
Terima Kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...