Gambar tudung kat atas tu saya jahit subuh tadi dan terus pakai pi opis :)
Jikalau anda juga suka DIY (Do It Yourself) anda pun boleh buat :) yang penting ada minat dan keazaman.
Saya sebenarnya baru sahaja berhijab lebih kurang 2 tahun lepas, masa tu saya baru habis berpantang.
Sewaktu tempoh berpantang di Tawau, Sabah...saya dapati anak2 buah saya yang pompuan semuanya manis mengenakan tudung dan shawl yuna.
Di awal kehamilan, saya memang ada menyimpan niat untuk berhijab, tapi masih samar-samar...
Akhirnya, dengan izin Allah, saya terbang balik ke Shah Alam dengan berhijab, ada insiden yang lucu berlaku.... Sampai di Arriving Hall LCCT, husband saya tak nampak saya dan anak....saya pun terlupa yang saya berhijab, Husband agak terkejut, tetapi dia buat macam tak der aper jer....control macho la tu...hahhaha.
Panjang pulak entri ni lari tajuk la pulak... hahahh k berbalik kepada tajuk:
Sesiapa yang berminat nak belajar jahit tudung lycra boleh lah sms saya di no :
016-9720013
atau fb saya
https://www.facebook.com/suzanais
Detail Kelas:
Yuran: RM100 seorang
(termasuk ,kain,pola dan mesin jahit saya sediakan) anda cuma perlu bawa diri dan gunting kain yang tajam.
Tempat: Subang Perdana, Subang Bestari,Subang Permai,Kg Melayu Subang dan Kota Damansara
Sekian
Terima Kasih
Salam suzanais, kalo saya nak alter dress lycra buleh dak...upahnya berapa? tq
ReplyDelete