Showing posts with label Tukang Jahit. Show all posts
Showing posts with label Tukang Jahit. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Tempahan Jahitan 2015

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2015

Aku mula berblogging tahun 2010-2011 dalam masa yang sama baru berjinak2 belajar menjahit...

Tahun 2014 merupakan tahun "menimba Ilmu" hampir setahun tak ada income....berulang alik dari subang ke gombak...

2015
aku declare tahun "kerja keras"...
setelah berfikir masak-masak...dan hampir hangus...
aku nekad akan mula amik tempahan jahitan baju wanita...
Baju kurung tradisional, kurung Moden,skirt,palazzo,tudung, telekung atau apa sahaja yang bole tambah pendapatan...
sbb tahun ni berazam nak langsai hutang kredit kad
jadi harus la kerja keras...

Alhamdulilah...
Nak ucap terima kasih kepada semua cikgu-cikgu jahit saya..:
Kak Hafizah- Jalabiyah House
Cikgu Kasuma Alwani- Alwanis Design
Cikgu kuzie -Kuzie Kuala Lumpur
Cikgu Awie- YPVWM
Cikgu Yasalma - Yasalma Sewing School (YSS)
Cikgu Naemah-Program JPW & Hajaba
Cikgu Nurul- Giatmara Gombak
Cikgu Zila @ Ibu- Giatmara Gombak

Tak lupa kepada  rakan rakan seperjuangan, Geng Jahit dan bekas pelajar kelasjahit.com.my

sekiranya ada yang terkasar bahasa, terkurang layanan,dan yang terlepas pandang, mohon seribu kemaafan 
semoga kita semua sama sama menuju kejayaan

Salam Maju jaya untuk semua...

Ikhlas dari 
Suzana Ismael

Psst!! nak tempah baju bole whatsapp :0169720013 (zana)


Upah Jahit berapa???



Thursday, February 27, 2014

Pola tudung untuk di jual

Assalamualaikum....
Selain dari mengajar kelas jahit tudung dan telekung, anda juga boleh dapatkan pola pola tudung terdahulu sehingga pola tudung terkini...info lanjut mengenai pola tudung anda boleh layari www.kelasjahit.com.my...anda cuma perlu nyatakan pola yang anda idamkan dan kami akan berikan sebut harga...untuk respon yang lebih cepat boleh terus whatsapp di 0169720013.




posted from Bloggeroid

Tuesday, May 7, 2013

KELAS BELAJAR JAHIT TUDUNG @ KELASJAHIT.COM.MY



Assalamualaikum...

Bermula April , saya telah pun buka kelas untuk hari biasa iaitu Isnin -Khamis.

Sebelum ni saya ada menerima banyak permintaan
untuk kelas hari biasa khas untuk surirumah, atau orang yang bekerja flexi hours
Jadi sebagai permulaan, saya akan buka kelas pada hari biasa
 iaitu Isnin sehingga Khamis.

Uniknya kelas yang saya anjurkan ni cater kepada
 yang boleh datang hari biasa
maupun orang yang hanya free di hujung minggu..
walau bagaimanapun kelas hujung minggu selalu nye fullbook...
so untuk memastikan anda dapat merancang hari belajar anda,

saya minta kerjasama dari bakal student untuk
secure slot kelas anda dengan membayar deposit RM50 seminggu sebelum kelas bermula.
Ini kerana saya akan book kelas mengikut siapa yang book dengan deposit dulu.

walaubagaimana pun, saya seorang yang flexible, bertimbang rasa dan open to suggestion... setiap masalah boleh dibawa berbincang

Terima Kasih, Harap Maklum

P/s: gambar sekadar hiasan sahaja....kalau nak tempah boleh jer

Saturday, April 20, 2013

Pengumuman untuk bakal peserta




Assalamualaikum,

Sila ambil perhatian kepada bakal peserta....



Bermula May 2013, Yuran untuk kelas jahit Tudung Basic masih lagi RM100 seorang tetapi..... peserta kene sediakan Kain Lycra sendiri mengikut warna dan corak kegemaran anda. 



Untuk Info lanjut boleh email ke kelasjahit@gmail.com

Terima Kasih
-Zana-

Tuesday, February 26, 2013

Kelas Tudung Lycra Kak Gee & Dewi

kelas jahit tudung



Jika berminat nak belajar jahit tudung sendiri...
 sertai kami di kelasjahit.com.my
Anda tidak perlu menunggu untuk saya announce bila kelas akan di adakan,
 anda boleh propose bila tarikh yang anda FREE untuk belajar.



Tuesday, January 15, 2013

Kelasjahit.com.my

Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru 2013,  Entri pertama untuk tahun 2013 just nak kongsikan kat pembaca semua yang saya dah ada laman web khas untuk kelas jahitan tudung iaitu kelasjahit.com.my, jadi gambar kat website tu ada persamaan dengan blog saya ni...itu bukan gambar tangkap muat tau...

Berkonsepkan Small Office, Home Office (SOHO), Kelas jahit personal ni saya adakan di rumah saya, Insya Allah tidak ada gangguan untuk bakal pelajar. Parking pun senang jer depan rumah boleh parking.

kalau ada sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh terus sms 0169720013 atau email saya di kelasjahit@gmail.com

sekian Terima Kasih

Wednesday, December 26, 2012

Bengkel Jahitan bersama Designer Yasalma


Ingin berguru dengan designer busana muslimah terkenal, Yasalma
Kelas fast track ni untuk 10 orang,
belajar 4 pattern menarik seperti:
Jubah Nursing
Pallazo
Cardigan labuh
skirt labuh

Yuran: RM 690 (4 kali pembayaran)
kelas akan di adakan di Kota Damansara
Berminat boleh pm or sms saya 
0169720013

Ini peluang keemasan, rugi kalau tak ambil peluang ni...

Thursday, December 6, 2012

Awning tudung makeover

awning tudung


ganti awning tudung

Gambar di atas adalah salah satu projek makeover awning yang saya buat untuk pelanggan saya.
untuk makeover awning ni saya gunakan soft awning  iaitu tanpa menggunakan bakrum @ pengeras.
Saya lebih suka tudung soft awning sbb boleh campak jer dalam mesin basuh kalau nak cuci, x perlu cuci guna tangan, sangat sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam saya...hihhhi
Tq


Tuesday, November 27, 2012

Kelas Asas Jahit Tudung Lycra di Shah Alam

Assalamualaikum..

Gambar tudung kat atas tu saya jahit subuh tadi dan terus pakai pi opis :)

Jikalau anda juga suka DIY (Do It Yourself) anda pun boleh buat :) yang penting ada minat dan keazaman.

Saya sebenarnya baru sahaja berhijab lebih kurang 2 tahun lepas, masa tu saya baru habis berpantang.

Sewaktu tempoh berpantang di Tawau, Sabah...saya dapati anak2 buah saya yang pompuan semuanya manis mengenakan tudung dan shawl yuna.

Di awal kehamilan, saya memang ada menyimpan niat untuk berhijab, tapi masih samar-samar...

Akhirnya, dengan izin Allah, saya terbang balik ke Shah Alam dengan berhijab, ada insiden yang lucu berlaku.... Sampai di Arriving Hall LCCT, husband saya tak nampak saya dan anak....saya pun terlupa yang saya berhijab, Husband agak terkejut, tetapi dia buat macam tak der aper jer....control macho la tu...hahhaha.

Panjang pulak entri ni lari tajuk la pulak... hahahh k berbalik kepada tajuk:

Sesiapa yang berminat nak belajar jahit tudung lycra  boleh lah sms saya di no :
016-9720013 
atau fb saya
https://www.facebook.com/suzanais 

Detail Kelas:

Yuran: RM100 seorang 
(termasuk ,kain,pola dan mesin jahit saya sediakan) anda cuma perlu bawa diri dan gunting kain yang tajam.
Tempat: Subang Perdana, Subang Bestari,Subang Permai,Kg Melayu Subang dan Kota Damansara

Sekian 
Terima Kasih



Thursday, July 21, 2011

Tukang Jahit Amatur?

Ramadhan dah dekat rata2 tukang jahit sangat sibuk menyiapkan tempahan baju dari pelanggan dan ramai jugak yang menutup tempahan sbb x larat nak siapkan on time..
Tahun ni aku berazam nak jahit baju kurung sendiri dan baju melayu untuk Haneef & my hubby. Semalam brown paper yang ku simpan selama 2 tahun dah abis guna untuk buat pola, drop by kat kedai kraft kat subang perdana jap beli paper 8 keping RM6.40...giler mahal skeping RM0.80...beli kat Mydin murah kot...tapi x per la...

Rasa2 ada tak orang nak tempah baju kat tukan jahit amatur macam aku ni? Well tak cuba x tau kan...tapi kalo nak letak harga upah x leh lah mahal macam kat butik kan...rata2 kat Shah Alam ni.... upah jahit baju kurung biasa Tradisional RM50, aku pernah tanya butik kat Bangunan Umno Shah Alam masa aku study dulu, kat hometown aku memang murah...sib baik aku dah boleh jahit sendiri....

minggu ni aku praktikal buat kemasan leher Tulang Belut (Eel Bone) dan Karipap (Curry Puff) hahah LOL ternyata "practice make perfect" mcm x percaya je boleh gak buat kemas,but ... try buat Mata Lalat(Fly Eyes) tapi x berapa nak menjadi...mmm kene usaha lagi ni...

So kalau ade sesiapa nak jahit baju kurung johor a.k.a kurung Asli SAHAJA boleh la contact aku...

Upah??? RM25 jer murah kan ( sbb aku amatur)**

Nak tambah Tulang Belut or Karipap tang leher tu ***Additional RM5

Postage: Sendiri tanggung( untuk luar kawasan liputan)

Lokasi: Subang Perdana, Subang Bestari,Kg Melayu Subang.

Alrite...sekian dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...