Saturday, October 22, 2016

Tudung sukan

Assalamualaikum...

Ini produk terbaru baru keluaran label #suzanais iaitu sportshijab ataupun tudung sukan.

ilham untuk tudung sukan ni bertitik tolak dari penglibatan semula saya dalam aktiviti kecergasan dan senaman semasa mengikuti program Kevin Zahri iaitu Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-5 .

Alhamdulilah...saya mendapat tempat pertama kategori wanita untuk Team Bukit Jelutong di bawah coach Luqman Hariss.

Sepanjang 6 minggu melalui senaman dan segala macam aktiviti...saya dapati ada satu perkara yang selalu saya hadapi...iaitu memakai tudung yang sesuai untuk aktiviti yang banyak bergerak...
saya dapati :

Tudung dari fabrik kapas menyerap peluh....lepas saja workout lencun tudung basah dengan peluh...

Fabric Lycra pula punyai grip yang bagus tapi agak panas dan kurang menyerap peluh...lepas workout rasa macam nak terus jer bukak tudung...tak pun terpaksa mengipas- kipas tudung untuk sejukkan tengkuk....

Akhirnya nak di pendekkan cerita...saya dah jumpa penyelesaian untuk masalah tudung yang saya hadapi...

Material tudung yang saya hasilkan ini sangat RINGAN ...cooling effect sebab material yang di gunakan tidak akan membuatkan anda merasa rimas....jadi boleh fokus semasa membuat aktiviti senaman.

sebelum memulakan penjualan tudung sukan ini saya dan rakan mencuba memakai tudung ini pergi ke gym dan saya sendiri memakai tudung sukan ini  menghadiri acara senaman yang di anjurkan oleh Majalah SHAPE Malaysia di Pusat Membeli belah SOGO pada 9 Oktober yang lalu. antara aktiviti yang kami lakukan ialah SHbam dan Body Combat....Perkara yang paling hebat saya rasai ialah  tudung sukan saya stay seperti kali pertama saya sarungkan....saya lebih fokus dengan senaman tanpa perlu risau kan tudung tertanggal.

Jadi...Alhamdulilah saya telah menemui jalan penyelesaian untuk masalah tudung untuk bersukan...
Saya berharap dengan tudung sukan ini saya juga dapat membantu anda menyelesaikan dilema tudung untuk anda yang aktif....Insya Allah
fithijab,fitmuslimah,sportshijab
Tudung yang nampak biasa...tapi sebenarnya luarbiasa :)



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...