Make your own slideshow with music at Animoto.
Sewing activity,Brothers Sewing Machine,Sewing Projects, Telekung,Dress Jubah,Sabah Foods,Amplang,Kuih Cincin,Sewing Class,Kelas Jahit Tudung Lycra, Kelas Jahit Telekung,kelas menjahit,Kelas jahitan,kursus menjahit,Pola Tudung,template tudung,jarum emas,belajar menjahit,jahit jubah
Monday, September 30, 2013
Wednesday, August 14, 2013
Selamat Hari Raya 2013
Selamat Hari Raya semua...
Maaf Zahir & Batin...
Apa beza raya tahun lepas dengan raya tahun ni???
well... Tahun lepas tak sempat jahit baju untuk anak bujang sbb masa tu bekerja...
Alhamdulilah... tahun ni sbb dok umah dapat lah jugak jahitkan baju melayu untuk hubby & Haneef.
Pilih kaler merah sbb my hubby suka kaler Red Warrrior (kain satin) & kebetulan plak masa pi beli kain ni ada gak
japanese cotton lawn limited collection ni...
Kami bersyukur tahun ni dapat ber hari raya sederhana jer... langsir pun tak tukar pakai yang mana ada jer...
Enjoy your Eid everyone....
From us:
Hafiz, Suzana & Haneef
Sekian.
Saturday, July 27, 2013
Baju Raya 2013- Jubah Kembang Riau
Assalamualaikum semua...
Rasanya masih belum terlambat ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelang seminggu sahaja lagi....
Biasanya kalau Hari raya jer mesti pakai baju kurung kan??? Baju kurung pesak, kurung pahang, kurung moden....dan kurung manik bling bling Vietnam.....alah yang sarat dengan manik2 tu....kalau kat Malaysia ni sehelai baju kurung manik bling bling tu cecah RM150-160...kat vietnam RM55 jer tau....
Tapi saya pilih untuk pakai jubah jer tahun ni...senang nak pakai. Gambar bawah ni jubah kembang Riau yang baru jer saya siapkan...
ok tak?
First time jahit jubah pola ni dan sangat puashati dengan hasil jahitan.
Material: English cotton beli kat Vietnam hari tu 3.5 Meter Bidang 60
Harga kain: RM25 jer (kat Vietnam) kalau dah sampai malaysia harga jadi RM75
Beli kat maner: China Town, Vietnam
Rasa tak puas nak menyopping kain...sib baik I bukan kaki shopping....beli sehelai 2 jer cukup la untuk pakai raya...masa kat vietnam banyak shopping untuk my hubby jer sbb baju plus size banyak pilihan kat Russian Market....
Sekian....kepada rakan2 tukang jahit selamat menjahit dan menyiapkan tempahan2 kastemer...J
Jumpa lagi Insya Allah....
Thursday, July 11, 2013
Jalan -jalan Ho Chi Minh City,3 Julai-7 July 2013
Assalamualaikum...
Sedikit catatan kenangan jalan jalan di Ho Chi Minh City, Vietnam.
yang ni intro jer nanti kita post gambar banyak2 k
Saturday, June 15, 2013
Pakej belajar jahit Tudung Labuh
Pakej Tudung Labuh
Anda akan belajar jahit tudung twist XL
Yuran:RM 150
Peserta cuma perlu sediakan kain lycra 1.5 meter, lain-lain material dan Mesin jahit disediakan.
Monday, June 10, 2013
Shopping online dan bayar guna Maybank2u pay jer :)
Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ni mesti korang akan nampak logo mcm kat bawah ni
kalau korang kaki skodeng blogshop...memang confirm dah biasa terpandang logo ni...
di pendekkan cerita, website kelasjahit juga akan menggunakan servis banking ini untuk memudahkan bakal pelanggan mudah untuk membuat deposit atau pun membuat bayaran produk dan servis.
Apa istimewanya Maybank2u Pay ni???
1. korang tak perlu hafal no account seller yang berdigit-digit untuk membuat transaksi :)
2.x perlu scan/mms/email prooft of payment
3. Transaksi mudah dengan menekan satu butang jer terus bayar kepada akaun si penjual...
Hah mudah jer kan...
Sekian Terima Kasih
Wasallam
Sunday, May 26, 2013
Mentoring Women in Business- English Communication & ICT Training.
Hello ...Assalamualaikum,
Pada 13-19 Mei yang lalu saya dan 19 orang wanita telah pun menjalani latihan di Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia anjuran bersama Cherie Blair Foundation for women yang beribu pejabat di London.
Seronok dapat kenal rakan-rakan baru yang hebat. Program ini mengambil masa selama setahun yang mana semua peserta akan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari mentor yang akan di suaikenal oleh CBF.
Doakan kami semua berjaya dan mendapat manfaat dari program ini. Terima kasih kepada YPVWM & CBF atas inisiatif yang hebat ini
Tuesday, May 7, 2013
KELAS BELAJAR JAHIT TUDUNG @ KELASJAHIT.COM.MY
Bermula April , saya telah pun buka kelas untuk hari biasa iaitu Isnin -Khamis.
Sebelum ni saya ada menerima banyak permintaan
untuk kelas hari biasa khas untuk surirumah, atau orang yang bekerja flexi hours
Jadi sebagai permulaan, saya akan buka kelas pada hari biasa
iaitu Isnin sehingga Khamis.
Uniknya kelas yang saya anjurkan ni cater kepada
yang boleh datang hari biasa
maupun orang yang hanya free di hujung minggu..
walau bagaimanapun kelas hujung minggu selalu nye fullbook...
so untuk memastikan anda dapat merancang hari belajar anda,
saya minta kerjasama dari bakal student untuk
secure slot kelas anda dengan membayar deposit RM50 seminggu sebelum kelas bermula.
Ini kerana saya akan book kelas mengikut siapa yang book dengan deposit dulu.
walaubagaimana pun, saya seorang yang flexible, bertimbang rasa dan open to suggestion... setiap masalah boleh dibawa berbincang
untuk kelas hari biasa khas untuk surirumah, atau orang yang bekerja flexi hours
Jadi sebagai permulaan, saya akan buka kelas pada hari biasa
iaitu Isnin sehingga Khamis.
Uniknya kelas yang saya anjurkan ni cater kepada
yang boleh datang hari biasa
maupun orang yang hanya free di hujung minggu..
walau bagaimanapun kelas hujung minggu selalu nye fullbook...
so untuk memastikan anda dapat merancang hari belajar anda,
saya minta kerjasama dari bakal student untuk
secure slot kelas anda dengan membayar deposit RM50 seminggu sebelum kelas bermula.
Ini kerana saya akan book kelas mengikut siapa yang book dengan deposit dulu.
walaubagaimana pun, saya seorang yang flexible, bertimbang rasa dan open to suggestion... setiap masalah boleh dibawa berbincang
Terima Kasih, Harap Maklum
P/s: gambar sekadar hiasan sahaja....kalau nak tempah boleh jer
P/s: gambar sekadar hiasan sahaja....kalau nak tempah boleh jer
Saturday, April 20, 2013
Pengumuman untuk bakal peserta
Assalamualaikum,
Sila ambil perhatian kepada bakal peserta....
Bermula May 2013, Yuran untuk kelas jahit Tudung Basic masih lagi RM100 seorang tetapi..... peserta kene sediakan Kain Lycra sendiri mengikut warna dan corak kegemaran anda.
Untuk Info lanjut boleh email ke kelasjahit@gmail.com
Terima Kasih
-Zana-
Saturday, April 13, 2013
Student kelas jahit April 2013
Assalamualaikum....
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Puan Yati, Puan Noor Hanan dan Puan Rus- semoga ilmu Allah yang kita kongsi memberi nilai tambah dalam hidup anda dan saya.
Jangan lupa praktis...praktis...dan praktis...tau... Selamat Menjahit...
Wednesday, March 20, 2013
Pakej kelas jahit tudung syria & tudung berawning April 2013
Assalamualaikum,
Sempena bulan April, kita perkenalkan pakej baru
"2 in 1" bermula April,
"2 in 1" bermula April,
Sebelum ini, yuran kelas tudung lycra berawning RM100 termasuk material, kini anda dapat belajar jahit tudung syria dan tudung berawning dengan harga RM150 sahaja. Dah jimat RM50...
Berminat nak belajar?
macam biasa boleh sms/call
0169720013- Zana
untuk menempah kelas atau sebarang pertanyaan.
untuk update terkini: LIKE kami di fb:
https://www.facebook.com/kelastudung
Wednesday, March 6, 2013
Kelas jahit Tudung Syria Coming soon!!!
Akan datang di kelasjahit.com.my
Untuk peminat tudung syria...saya akan adakan kelas untuk tudung syria.
Sebelum ni memang ada permintaan untuk saya buat kelas untuk tudung syria walaubagaimana saya tidak dapat mengadakannya kerana perlukan mesin khas untuk membuat jahitan interlock atau pun coverstitch.
Ni dia rupa mesin Interlock Industri
Mesin jahit Industri Interlock Harga Retail dalam RM4K++ |
dan
Mesin jahit portable coverstitch
Mesin jahit portable Coverstitch jenama Brother. Harga Retail RM1699 Harap info ini dapat membantu anda.Terima Kasih |
Tuesday, February 26, 2013
Kelas Tudung Lycra Kak Gee & Dewi
Jika berminat nak belajar jahit tudung sendiri...
sertai kami di kelasjahit.com.my
Anda tidak perlu menunggu untuk saya announce bila kelas akan di adakan,
anda boleh propose bila tarikh yang anda FREE untuk belajar.
Monday, February 11, 2013
Kelas Telekung Lycra Moden
Assalamualaikum
Inilah hasil jahitan Puan Salmie dari Gombak,
Beliau merupakan pesara guru yang bersara awal pada usia 44 tahun :)
Sering menghadiri kuliah dan ceramah agama di Masjid, jadi selepas ni dah boleh pakai telekung jahitan sendiri...
Semasa kelas saya terlupa nak amik gambar close up untuk bahagian muka telekung...
Sekiranya anda berminat untuk belajar jahit telekung seperti Puan Salmie, yuran RM200 sahaja, boleh email saya di kelasjahit@gmail.com atau call/sms 016-9720031 (zana)
Sekiranya anda berminat untuk belajar jahit telekung seperti Puan Salmie, yuran RM200 sahaja, boleh email saya di kelasjahit@gmail.com atau call/sms 016-9720031 (zana)
Sunday, February 3, 2013
Kelas jahit tudung lycra di Kolej Komuniti Klang
26 Januari 2013 yang lalu,
saya diberi peluang untuk mengajar kelas jahit tudung
di Kolej Komuniti Klang.
Kelas bermula pada pukul 8 pagi dan habis pada pukul 12 tengahari.
Saya rasa seronok mengajar mereka sbb saya dapat student yang sangat sporting...
Terima kasih kepada pihak kolej komuniti Klang yang sudi beri peluang untuk saya berkongsi ilmu yang sedikit ni...
Paling mengembirakan,
selepas tamat kelas ada peserta yang terus dapat tempahan :) semoga perkongsian ilmu ini dapat manfaat dan dapat membantu anda dan saya untuk lebih maju lagi ke hadapan Insya Allah...aamin
kalau nak tengok aksi2 student semasa kelas boleh tengok gambar kat album di
facebook page:
Sunday, January 20, 2013
Kelas Tudung Lycra January 2013
Gambar Peserta Kelas Jahit Tudung Lycra Januari 2013
Peserta kelas jahit ni kebetulan dua-dua dari Puchong dan surirumah sepenuh masa, Terima Kasih kepada Puan Zulita dan Puan Uzma. Jangan lupa prektis jahit tudung kat rumah ye...Practice make perfect!!!
Anda yang berminat nak join kelas jahitan tudung lycra basic boleh ke laman web kami di www.kelasjahit.com.my atau boleh sms/call saya di 0169720013. Lebih jimat jahit tudung sendiri....
Tuesday, January 15, 2013
Kelasjahit.com.my
Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru 2013, Entri pertama untuk tahun 2013 just nak kongsikan kat pembaca semua yang saya dah ada laman web khas untuk kelas jahitan tudung iaitu kelasjahit.com.my, jadi gambar kat website tu ada persamaan dengan blog saya ni...itu bukan gambar tangkap muat tau...
Berkonsepkan Small Office, Home Office (SOHO), Kelas jahit personal ni saya adakan di rumah saya, Insya Allah tidak ada gangguan untuk bakal pelajar. Parking pun senang jer depan rumah boleh parking.
kalau ada sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh terus sms 0169720013 atau email saya di kelasjahit@gmail.com
sekian Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)