Tuesday, November 27, 2012

Kelas Asas Jahit Tudung Lycra di Shah Alam

Assalamualaikum..

Gambar tudung kat atas tu saya jahit subuh tadi dan terus pakai pi opis :)

Jikalau anda juga suka DIY (Do It Yourself) anda pun boleh buat :) yang penting ada minat dan keazaman.

Saya sebenarnya baru sahaja berhijab lebih kurang 2 tahun lepas, masa tu saya baru habis berpantang.

Sewaktu tempoh berpantang di Tawau, Sabah...saya dapati anak2 buah saya yang pompuan semuanya manis mengenakan tudung dan shawl yuna.

Di awal kehamilan, saya memang ada menyimpan niat untuk berhijab, tapi masih samar-samar...

Akhirnya, dengan izin Allah, saya terbang balik ke Shah Alam dengan berhijab, ada insiden yang lucu berlaku.... Sampai di Arriving Hall LCCT, husband saya tak nampak saya dan anak....saya pun terlupa yang saya berhijab, Husband agak terkejut, tetapi dia buat macam tak der aper jer....control macho la tu...hahhaha.

Panjang pulak entri ni lari tajuk la pulak... hahahh k berbalik kepada tajuk:

Sesiapa yang berminat nak belajar jahit tudung lycra  boleh lah sms saya di no :
016-9720013 
atau fb saya
https://www.facebook.com/suzanais 

Detail Kelas:

Yuran: RM100 seorang 
(termasuk ,kain,pola dan mesin jahit saya sediakan) anda cuma perlu bawa diri dan gunting kain yang tajam.
Tempat: Subang Perdana, Subang Bestari,Subang Permai,Kg Melayu Subang dan Kota Damansara

Sekian 
Terima Kasih



Tuesday, November 13, 2012

Telekung Moden sempena Maal Hijrah 2012

Perca dari jubah dress guna untuk buat awning telekung
telekung lycra,kelas jahit telekung moden
Finishing guna Novelty Thread (Benang Pelangi)
Close up lapik dagu

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah semua..
Sempena Maal Hijrah sempat juga saya siapkan Telekung daripada Cotton Lycra awning/visor/sengkuap guna cotton lycra corak perca jubah dress yang saya jahit sebelum ni.
Untuk projek telekung ni saya guna Mesin Jahit NV30 dan mesin jahit tepi Jelita, kain cotton lycra 3 meter.
**Telekung ni saya jahit tak der tali pengikat sebab ianya melekap kemas di dahi anda.**
Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...