Wednesday, January 3, 2018

Resepi Ayam Palekko versi perantauan

Ayam Palekko 


Assalamualaikum...
Selamat tahun baru you alls...

K sempena tahun baru 2018 ni sya nak share resepi Ayam Masak Palekko yang berasal dari resepi suku Bugis....tapi yang ni versi ikut anak tekak saya :)
Resepi nya mudah sahaja , sesuai untuk tekak anda yang suka kan pedas....cara membuatnyer pun amat la mudah so jom cuba masakan ni dan anda pasti akan menjadikan masakan ni menu kegemaran famili anda

Bahan-bahan yang di perlukan:

Ayam 1 ekor
Serai 1 ikat besar
Halia 2 inci atau lebih
Kunyit hidup - besar ibu jari atau lebih kalau x de boleh guna serbuk kunyit
Bawang Merah - 10 biji
Bawaang putih - 5-6 ulas
cili padi - 1-2 genggam
Air asam jawa - 1 cawan atau optional guna asam keping 1 kpg
Air 2-3 cawan - kalau nak ada kuah lebihkan
kerisik kelapa atau kemiri (buah keras)- 1 paket kecil (optional) kalo tak de pun x per. fungsi nya untuk pekatkan kuah.

cara membuatnya:

1. Ayam di potong kiub...atau kalau nak cepat masak potong bite size cuci bersih dan ketepikan

2. Tumis bahan2 kisar iaitu : Serai, halia,kunyit, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
tumis tak perlu guna minyak yang banyak....bila tumisan dah naik bau....boleh masukkan ayam dan 1 cawan air....biarkan ayam merenih...masukkan air asam jawa dan kerisik kelapa....perasakan dengan garam dan serbuk perasa...atau guna gula nisan sedikit sekiranya anda tidak guna serbuk perasa.

3. Masakkan ayam hingga kuah agak pekat sedikit dan naik minyak....

4. Bila dah masak bole di nikmati dengan nasi putih atau boleh juga dengan burasak atau ketupat & lemang

Selamat mencuba :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...