Friday, September 7, 2012

Burasak = lemang /ketupat orang bugis


Semalam baru balik dari rumah my brother baru je balik dari Tawau bercuti raya di sana,
yang best nya my sister in law, bawakan spesial untuk i makanan tradisi keturunan Bugis di Tawau, Sabah.Orang Bugis Johor pun ada makanan ni tau.

Kebiasaannya burasak atau panggilan manjanya "buras" di makan bersama "ayam masak liku" sejenis rendang kering .perkataan "LIKU" diambil sempena penggunaan lengkuas yang banyak digunakan dalam masakan rendang tersebut. malah bukan saja ayam, udang pun boleh di masak liku atau boleh juga di nikmati dengan sambal ikan bilis atau pun udang kering.

Burasak adalah makanan wajib untuk Hari perayaan especially Aidil Fitri atau pun Aidil Adha di Tawau.

Buras juga adalah peneman "Coto Makassar" sejenis sup ayam yang mana ianya sebagai pengganti lontong.

"coto" = soto macam "soto Banjar", Banjar tu nama tempat asal /suku kaum yang membawa makanan ini di Sabah.

Manakala "Makassar" adalah nama tempat di Indonesia yang mana salah satu keturunan Bugis di Indonesia yang mana ramai suku kaum bugis makassar datang berhijrah ke Borneo membawa bersama makanan tradisi mereka.

Mmmm makanan tradisi macam ni la yang membuatkan kita selalu nak balik kampung, rindukan masakan mak.... sbb nak buat x reti...tau makan jer....

Ops....tapi saya bukan bugis tulen, tapi ada darah bugis dari sebelah my dad (+ banjar)...my mom dari Filifina jadi kalau mau makan buras kene pegi umah adik ipar la..... well.....itu saja buat masa ni.. bye u all i nak sampung makan buras.........hihihhi

Saturday, September 1, 2012

Kuih Cincin lemau??? Nah petua untuk mengatasinya!!!


Jangan Bimbang!!!

Untuk sentiasa menikmati kuih cincin yang fresh!!!!! ikuti la petua di bawah:

Ambil kuih cincin yang dah hampir lemau tu...letak atas tray (dulang) pembakar anda, lepas tu panaskan dalam 5-10 minit ( pastikan anda panasakan oven pembakar anda dahulu) suhu ikut oven masing2 ye agak2 la ...tapi jangan lama sangat k, sbb gula kabung tu kalau hangus akan bertukar menjadi pahit sedikit....

Tunggu sehingga kuih cincin tu sejuk barulah anda masukkan semula ke dalam tupperware!!!!

Selamat Mencuba!!!!

p/s: teknik ni hanya bole di lakukan sekali sahaja, sekiranya di lakukan berulang kali saya tidak bertanggung jawab sekiranya kuih cincin anda menjadi keras kematu hhahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...