Saturday, March 24, 2012

5th Wedding Anniversary 24 march 2012

Entry yang paling singkat:

Hari ni genap 5 tahun partnership Hafiz & Suzana......

 Alhamdulilah syukur melalui partnership ini kami di kurniakan juga cahaya mata "Muhammad Haneef @ Che Aneep pada 24 July 2010 setelah hampir 3 tahun mencuba.

Harapan smoga kami kekal dalam joint venture ini for another 5 more years and more...Amin.

Hubby, thank you for everything :)

Saturday, March 17, 2012

Pattern Drafting Class with Alwanis Design

Date: 17 March 2012
Venue: Jalabiyahouse, Bukit Rimau
Time:10am-5:30pm
Host: Sis Kasuma Alwani Zaini


Silibus yang di cover:
Main Subject:
1. How to draf your basic bodice block
2. Basic adaptation of the basic bodice block
i. Princess Line
ii. Empire Line
iii. Yoke

3. Skirt Adaptation
i. Basic Skirt
ii. Box Pleats
iii. Panel Skirt
iv. Circle Skirt
v. Cowl
vi. Yoke Skirt

4. Adaptation Bodice and Sleeve
i. Flare sleeve
ii. Gathered into a cuff
iii. Bishop Sleeve
iv. Puff sleeve
v. Gathered head sleeve
vi. Pleated head sleeve (log of mutton sleeve)
vii. Raglan Sleeve
viii. Cap Sleeve
ix. Flare Cape



Actually kelas ni agak Advance untuk tukang jahit amatur mcm aku, tapi alhamdulilah dengan berbekalkan buku Winifred Aldrich :Metric pattern cutting yang aku beli dulu, semuanya dapat di digest dengan lancar hehehe. Banyak tips yang Cikgu Kasuma bagi antaranya:


1. Kalo nak lukis pola jangan takut atau teragak-agak sebab pola tu kita yang buat :)


2. Kalo nak buat adaptation sleeve, buka la seluas mana yang anda fikir sesuai. Tapi kene tengok la org yang pakai tu mcm maner, tinggi,rendah, kurus gemuk dsbnya....


3. Always simpan block pattern untuk kegunaan di masa akan datang,


4. Jangan lupa catit atau labelkan Block pattern (Master Pattern) kita dengan remarks seperti: Nama;Tarikh dsb yang dikira perlu. untuk keep track kita ni dah kurus ker or bertambah montel... 







Ini merupakan kelas pertama Cikgu Kasuma utk kelas pattern drafting dan kitaorang merupakan pelajar yang bertuah mendapat curahan ilmu beliau. On top of this, Kak Kas juga ada after sale service utk yang ade kemuskilan boleh bertanya, dan yang lebih best lagi, Kak Fiza selaku tuan rumah juga offer Rebat RM 30 utk peserta kelas pattern drafting utk pakej jahitan di premis beliau di Jalabiyahouse.


Foto Credit: Kak Hafiza Jalabiyahouse ( akak sya cilok gambar yer hehehe)

Sunday, March 4, 2012

Sewing Projek Mac 2012: Jubah,Kaftan & Tudung Lycra

Sedar x sedar rupanya dah masuk bulan Mac....berazam nak jahit Jubah, Kaftan dan Tudung Lycra.

Masa kelas jahit yang dulu dah cuba jahit Jubah Moden, tapi tang "Armhole" tu aku rasa macam was was, sebab bila pakai macam x sedap jer, rupanyer formula nya kurang tepat, so nak try jahit lagi skali, kainnya dah beli, tanah hitam + polkadot. dan  nasib baik ada sifu yang tidak lokek kongsi ilmu macam maner nak buat pola lengan. Credit to Sis Inayus...

Sila klik disini untuk Pola Lengan yer.

Kaftan ni nampak memang senang, so nak try la buat satu, kain pun dah ader ni kain tanah hitam jugak tapi agak jarang sket kainnyer,tapi x pasti plak kain ape....mmm.. ingat nak buat leher V atau pon bulat or buat macam baju  kurung.

Untuk Tudung Lycra plak lepas dari bengkel jahit tudung lycra kat KL on 18/2/2012, smakin bersemangat nak jahit tudung sendiri. ari tu dah rembat kain lycra kat Jakel, so kalo ada masa terluang je aku pon jahit ler...

Hari tu jahit 1 tudung Twist /scallop plain warna koko, awningnyer polkadot kecik warna putih tanah cokelat  budak kat tempat keje berkenan...so jual lah murah2 jer :) skarang ni budak kat tpt kerja suh plak jahit tudung awning lembut (tanpa pengeras)...Kalo ader sesiapa yang nak blajar jahit tudung lycra boleh la hubungi sya :) tapi kene bagi pengeras le sbb aku pun dapat ilmu ni berbayar bukan free tau

so utk bulan Mac ni... ni jer lah bakal projek yang akan aku usahakan. Sekian harap maklum...heheheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...