Saturday, December 29, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra untuk Cikgu Zu,kelas terakhir 2012

Sekitar kelas jahit tudung lycra untuk Cikgu Zu yang datang jauh dari utara, beliau kebetulan menghadiri mesyuarat sekolah Vokasional di Sungai Buloh, beliau mengambil kesempatan masa cuti beliau dengan menghadiri kelas jahit.
Terima kasih Cikgu Zu :)


tudung lycra

Wednesday, December 26, 2012

Bengkel Jahitan bersama Designer Yasalma


Ingin berguru dengan designer busana muslimah terkenal, Yasalma
Kelas fast track ni untuk 10 orang,
belajar 4 pattern menarik seperti:
Jubah Nursing
Pallazo
Cardigan labuh
skirt labuh

Yuran: RM 690 (4 kali pembayaran)
kelas akan di adakan di Kota Damansara
Berminat boleh pm or sms saya 
0169720013

Ini peluang keemasan, rugi kalau tak ambil peluang ni...

Sunday, December 23, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Sesi 2013

Jadual kelas sesi 2013

Bakal peserta perlu booking kelas terlebih dahulu.
Cara menempah kelas adalah seperti langkah di bawah:

1. sms ke 0169720013 nama/pakej pilihan/tarikh kelas
Contoh: suzana/tudung lycra basic/5jan.
2. Tunggu reply dari saya utuk confirmkan kelas.
3. Depositkan RM 50 ke akaun CIMB sebagai pengesahan anda berminat mengikuti kelas.
4. Datang ke kelas belajar dan bayar baki yuran.
Berikut adalah jadual kelas yang bakal berlangsung untuk tahun 2013

January 2013
5 January-Available
12 January-Available
19 January-Available (Zulita from Puchong), Uzma from Puchong
26 January-TIADA KELAS

February 2013
2 Feb-TIADA KELAS (nak gi shopping kain:)
9 Feb-Kelas Telekung Lycra Moden (Kak Salmi, Gombak)
16 Feb-CUTI- saya nak gi shopping kain dan mesin jahit. Harap maklum yer :)
23 Feb-Available

March 2013
2 Mac-Available
9 Mac-Available
16 Mac-Available
23 Mac-Available
30 Mac-Available

Sebarang pertanyaan boleh sms/call 016972013 (zana)


Tuesday, December 18, 2012

Kelas Jahitan Tudung Lycra Cikgu Syahida & Syuhada


Cikgu Syahida pose dengan tudung yang baru siap dijahit oleh beliau



Cikgu Syuhada pilih kaler oren sesuai dengan beliau yang berkulit cerah. so sweet

Dah boleh ambik tempahan ni :)

Saya seronok mengajar  dua orang cikgu ni...katanya baru jer berpindah ke puncak alam. kelas bermula 10 pagi dan dalam 1 suku mereka berdua dah siap menjahit tudung masing-masing.
So kalau ada cikgu-cikgu di luar sana yang berminat nak belajar jahit tudung boleh hubungi say di fb atau sms or call 0169720013

Monday, December 10, 2012

Kelas jahit tudung @Suzanaism

Assalamualaikum, jom jahit tudung @suzanaism. 
Berikut adalah gambar sekitar kelas jahit yang lepas 08/12/2012
Kalau berminat nak belajar jahit tudung sendiri,
boleh hubungi saya di facebook.com/suzanais

Puan Zarina tengah tekun jahit awning

Senang jer guna Mesin Brother NV30, masuk benang kat jarum pun cuma perlu tekan 1 button jer

Tudung hasil jahitan Puan Zarina,
aisey man ...bulu mata si Lisa mannequin ni dah nak tercabut dah...hehhe

pandangan sisi, hasil jahitan peserta.
Puan Zarina posing dengan tudung hasil jahitan beliau.
Terima Kasih  Kak Zarina kita jumpa di kelas advance pulak yer

Sekiranya anda juga berminat nak jahit tudung sendiri, 
boleh hubungi saya di 0166265722 atau 
pm saya di facebook.com/suzanais

Wassalam

Sunday, December 9, 2012

Thank you Alviana owner blog Sewn by Alviana

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Entri ini khas buat Alviana Damit owner kepada Blog jahitan yang selalu saya visit semasa saya mula-mula berminat dengan aktiviti jahitan iaitu Blog : Sewn By Alviana.

Dipendekkan cerita, Beliau selalu buat giveaway untuk pengomen yang bertuah. dan saya adalah salah seorang yang bertuah itu.

So... thank you very much Alviana for the awsome McCalls pattern and keep on sewing and blogging. I know you are busy with your errands but I am looking forward to read your new blog entry....and  Christmas is just around the corner I wish you all the best in life Merry Xmas and Happy New year!!!!
Tq Alviana, this will be my first McCalls pattern.

Thursday, December 6, 2012

Awning tudung makeover

awning tudung


ganti awning tudung

Gambar di atas adalah salah satu projek makeover awning yang saya buat untuk pelanggan saya.
untuk makeover awning ni saya gunakan soft awning  iaitu tanpa menggunakan bakrum @ pengeras.
Saya lebih suka tudung soft awning sbb boleh campak jer dalam mesin basuh kalau nak cuci, x perlu cuci guna tangan, sangat sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam saya...hihhhi
Tq


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...